Alat-alat Muzik Kaum Cina

Persembahan Orkestra Cina SJK (C) Sam Chai, Ipoh.

    



Alat-alat Muzik Kaum Cina

Pipa
Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.                               
                                                         


Gong
Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.


Yangqin
Pengenalan

Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya. Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.

Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.

Fungsi


Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

Cara Bermain


Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh dalam bentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.

                                                                  

Er-hu
  
Pengenalan
Pada 1920-an abad yang lalu, penggubah muzik Lu Chengwen mengubah Erhu.Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
Erhu   juga digelar nanhu  , dan kadang-kadang digelar di Barat sebagai "biola Chinese" atau "gesek tali dua Chinese," adalah alat muzik bowed dua-tali, digunakan sebagai sebuah alat solo dan juga dalam sekumpulan kecil dan orkestra besar. Ia dalah alat yang termasyhur dalam keluarga huqin   pada alat bertali bowed Cina, bersamaan dengan zhonghu ,gaohu banhu , jinghu , sihu , dan banyak lagi yang lain. 

Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.
Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments:

Post a Comment