Alat Muzik Moden Barat

Alat-alat Muzik Barat
Piano 

Belajar Piano

Posisi duduk => main piano tidak asal duduk tanpa aturan. Posisi duduk harus rilex, tegak dan tidak bungkuk

Posisi lengan => sejajar dengan tuts piano, rileks dan tidak tegang

Contoh posisi lengan yang salah => menyebabkan bentuk posisi jari menjadi tidak benar

Bentuk  jari tangan => bulat melengkung (seperti pada gambar dibawah ini)
Bentuk posisi jari tangan yang salah => main piano dengan bentuk jari yang salah mengakibatkan jari tidak leluasa menari diatas tuts dan mengganggu kualitas tone (bunyi nada) yang dihasilkan oleh tekanan jari dan juga tidak sedap dipandang mata.
 
Cara menekan tuts => pada saat menekan tuts dengan salah satu jari, maka jari lain (jari yg tidak menekan tuts) tidak tegang tetapi tetap pada bentuk semula.
 


Contoh gambar diatas :  jari kelingking menekan tuts, maka jari lain tidak tegang / tidak terangkat keatas (tetap pada bentuk posisi semula).



Menekan tuts yang salah => Menekan tuts dengan salah satu jari sementara jari lain tegang dan terangkat ke atas.


Tips Belajar Piano
Belajar piano butuh kesabaran dan ketekunan. Tidak mungkin belajar piano baru beberapa bulan saja tiba-tiba langsung pintar dan lihai bermain piano. Perlu dipahami, kalau mau pintar bermain piano tidak instan, belajar piano butuh waktu dan tergantung kemauan, latihan, bakat dan potensi. Semakin rajin latihan dan tekun belajar maka progresnya (kemajuannya) semakin cepat. Kalau malas belajar piano, malas latihan, yah… kemajuannya pun lambat, jangan berharap bisa cepat bermain piano dengan baik sedangkan latihannya malas-malasan.
  • Sediakan waktu luang dalam sehari minimal 1 jam. Belajar piano sehari 1 jam dan rutin setiap hari adalah lebih baik daripada belajar piano sekaligus sehari  5 jam tapi besoknya berturut-turut selama satu minggu tidak latihan lagi.
  • Bila suatu waktu berjam-jam belajar piano dan jenuh, istirahatlah sejenak, setelah fresh dan segar lanjutkan belajar piano nyaBelajar piano dengan cara yang benar sesuai dengan aturan yang diberikan oleh guru piano. Misalnya diawali dengan 10 menit pemanasan latihan jari dengan melancarkan tangga nada, 40 menit membaca notasi balok, 15 menit latihan improvisasi dst.
  • Jangan mudah menyerah dan patah semangat kalau mumet atau ribet dalam melancarkan suatu lagu/teknik tertentu, latihlah dengan tekun dan sabar.
  • belajar piano Jangan terburu-buru, belajar membaca not / belajar suatu lagu harus diawali dengan tempo yang lambat, jangan langsung tempo sesungguhnya atau langsung tempo cepat. Harus sabar! Latih dengan tempo lambat dulu, bila sudah lancar dan tekniknya benar maka ulangi lagi lagunya dengan tempo sedikit dipercepat, begitu seterusnya hingga akhirnya sesuai dengan tempo aslinya.
  • Belajar piano dengan disiplin dan metode yang benar selalu membuahkan hasil yang memuaskan.
Alam Muzik Saya
Saya sangat suka muzik. Hobi saya ialah memain piano. Saya belajar piano sejak tahun 8. Guru piano yang pertama saya  mengajar saya secara percuma. Ini kerana saya datang dari keluarga miskin. Walaubagaimanapun,  guru tersebut tidak mengajar saya selepas satu tahun, ini kerana keluarganya terpaksa berpindah ke luar negeri. Akan tetapi, saya terus belajar piano dengan guru yang lain.  Tiap-tiap bulan, saya kena bayar banyak duit  dan membeli buku yang mahal. Kadang- kala, saya kena menduduki peperiksaan teori dan praktikal. Sekarang, saya telah mendapat Gred 8 untuk piano dan tidak mengikut Diploma Piano yang seterusnya kerana saya tidak menjadi seorang guru piano. Akan tetapi, saya telah menjadi guru piano untuk anak saya yang sekarang berusia 11 tahun, dengan mendapat Gred 3 untuk piano di rumah.  Kelihatan dia lebih pandai daripada saya semasa memainkan piano.  Saya juga sentiasa memainkan piano untuk kedua-dua anak saya. Semasa saya bermain piano, mereka tidak nakal lagi dan mendengar muzik saya. Begitulah alam muzik saya di rumah. Walaupun tidak dapat menjadi guru piano private yang profesional, tetapi saya telah menjadi guru piano untuk kedua-dua anak saya dan menggunakan muzik saya di kelas saya. Ini telah memberi kepuasan kepada saya.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Alat-alat Muzik Kaum Melayu

Alat-alat Muzik Kaum Melayu 

Ensembel Gendang 24 Musim Pengenalan Ensembel Gendang 24 musim diasaskan oleh seorang guru muzik Encik Chen Wei Chong di Johor Bahru, Johor pada 12 Jun 1988. Ensembel ini terdiri daripada 24 buah gendang besar yang diimport atau dibeli dari negara China.  

 
Gambang terdiri daripada bilah-bilah kayu yang disusun mengikut pic yang diatur diatas kotak kayu yang berfungsi sebagi Kotak Gema (resonator). Ada juga yang diperbuat daripada buluh dan kayu nibong yang dikatakan dapat menghasilkan suara atau bunyi yang lebih mantap. Ia mengandungi beberapa oktafyang dijadikan sebagai alat melodi.Menggunakan 2bilah alat pemukul khas bagi menghasilkan bunyi.


Ketika zaman kerajaan Melayu lama, bunyi paluan rebana ubi yang besar digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan. Kini, rebana ubi menjadi salah sebuah alat muzik yang digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

Kompang boleh dikatakan alat muzik tradisional yang paling popular di Malaysia, dan digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan. Kompang yang berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi disekelilingnya, selalunya dimainkan secara berkumpulan. Pelbagai corak paluan dihasilkan dengan melapiskan pelbagai rentak paluan yang berbeza menjadi satu gabungan ritma yang menarik.



Gedombak pula didapati di negara Thai yang dikenali sebagai rammana dan di Kampuchea sebagai titik skor. Gedombak di Alam Melayu diperbuat daripada kayu sementara di Timur Tengah gedombak diperbuat daripada selut atau logam.
Serunai dikatakan berasal dari Timur Tengah (Palestin) dalam kurun ke-2 Masihi dan dari sana tersebar ke sebelah timur. Serunai dikenali dengan pelbagai nama, sunray di Parsi, zurna di Turki, mizmar di negeri Arab, gaita di Algeria dan Morocco, zuqra di Tripolis dan Tunisia dan syrnaya di Syria. Alat muzik yang serupa dengan serunai Melayu dikenali sebagai senayi dalam bahasa Sanskrit.
 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Alat-alat Muzik Kaum India


KANJIRA

Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar di sesetengah tempat .


CHENDA

Merupakan alat perkusi berbentuk silinder yang juga dipanggil chende. Alat muzik ini digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.

MRIDANGAM

Mridangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari diatas lantai. Seorang pemain  mridangam akan memukul selaput yang kecil dengan tangan kanannya manakala memukul selaput besar dengan tangan kirinya. Mridangam di letakkan diatas kaki kanan dan buku lali. Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam dan bertentangan dengan badan pemain.

VENU

Alat muzik ini diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.

NADASWARAM

Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.

SARASWATI VEENA

Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.
Alat-alat muzik lain yang digunakan dalam persembahan karnatak terdiri daripada alat muzik:
Mandolin Violin Tambura.


Sitar

Sitar adalah salah satu jenis alat muzik yang berasal dari Asia Selatan. Alat muzik klasik Hindustan yang menggunakan dawai/tali. Alat muzik ini menggunakan dawai halus bersama dengan dawai biasa dan ruang resonansi menggunakan gourd (sejenis buah-buahan yang dikeringkan dan berongga di dalamnya) sehingga menghasilkan bunyi yang unik. Sitar merupakan alat muzik yang sering digunakan dalam seni muzik klasik hindustan sejak Zaman Pertengahan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Alat-alat Muzik Kaum Cina

Persembahan Orkestra Cina SJK (C) Sam Chai, Ipoh.

    



Alat-alat Muzik Kaum Cina

Pipa
Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau mengiringi nyanyian.

Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujung-hujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.                               
                                                         


Gong
Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.


Yangqin
Pengenalan

Jenis zither, mempunyai banyak tali. Badan dibuat dari kayu dalam bentuk rama-rama. Tiap-tiap satu pic mempunyai kembar dua atau kembar tiga. Tali logam sejumlah beberapa oktof semuanya, 2 - 6 set kekuda titian tali dibuat dari kayu. Pemulas selaras dari logam didapati dikedua belah kotak suaranya. Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.

Menurut catatan buku sejarah, sebelum abad pertengahan, negara-negara Arab pada zaman silam iaitu Yasu dan Parsi di Timur Tengah mempopularkan sejenis alat muzik pukulan, iaitu Satailiqin. Pada zaman Dinasti Ming ( 1368 – 1644), seiring dengan perkembangan hubungan persahabatan yang kian akrab antara China dengan Asia Barat dan Asia Timur, alat muzik Satailiqin dipopularkan ke China dari Parsi melalui laluan laut. Pada masa permulaan, alat muzik itu hanya dimainkan oleh rakyat yang tinggal di kawasan Guangdong sahaja dan kemudian dipopularkan di pelbagai tempat lain di China. Kemudian diubahsuai oleh seniman kalangan rakyat China, Satailiqin itu menjadi alat muzik instrumen China dan namanya diubah sebagai Yangqin.

Fungsi


Digunakan sebagai alat solo untuk hiburan.

Cara Bermain


Diletak atas meja atau pelapik. Tali-tali diketuk dengan sepasang buluh dalam bentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya.

                                                                  

Er-hu
  
Pengenalan
Pada 1920-an abad yang lalu, penggubah muzik Lu Chengwen mengubah Erhu.Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang dan besar.
Erhu   juga digelar nanhu  , dan kadang-kadang digelar di Barat sebagai "biola Chinese" atau "gesek tali dua Chinese," adalah alat muzik bowed dua-tali, digunakan sebagai sebuah alat solo dan juga dalam sekumpulan kecil dan orkestra besar. Ia dalah alat yang termasyhur dalam keluarga huqin   pada alat bertali bowed Cina, bersamaan dengan zhonghu ,gaohu banhu , jinghu , sihu , dan banyak lagi yang lain. 

Fungsi
Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina.
Cara Bermain
Erh-Hu didirikan tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Cara Menyanyi dengan baik dan betul

Cara Menyanyi dengan betul

Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan.  
Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: 

  • kognitif(pengetahuan)
  •  psikomotor (kemahiran)
  •  afektif (perasaan dan sikap).

Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur.Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik.

Alat Vokal


Smile 5 Perkara Asas dalam Nyanyian


Pengetahuan asas mengenai asas nyanyian adalah amat penting bagi kita untuk menyanyi dengan bagus. Dan dengan itu saya telah pecahkan kepada beberapa komponen penting mengenai asas nyanyian ini bagi memudahkan pemahaman anda ,seterusnya meningkatkan tahap kemampuan suara anda.



Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:-
1.Pitch/Nada
2.Rhythm/Irama
3.Pernafasan
4.Suara
5.Sebutan

1. PITCH/NADA
Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang. Seseorang murid itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalam sesebuah lagu itu  

Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note-noteyang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting

2. RHYTHM/IRAMA
Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan ‘groove’sesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau menganggukkan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju.
Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza-beza, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!

3. PERNAFASAN

Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar. Kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi!

4. SUARA
Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita. 
Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ‘sihat’

5. SEBUTAN
Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita. Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.




 
Video di atas adalah murid saya yang bernama Phuan Chen Xian yang dari dari kelas 4A, SJK(c) Sam Chai telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Nyanyian Sempena Hari Kanak-kanak 2011, dan telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments