Cara Menyanyi dengan baik dan betul

Cara Menyanyi dengan betul

Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan.  
Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran: 

  • kognitif(pengetahuan)
  •  psikomotor (kemahiran)
  •  afektif (perasaan dan sikap).

Bagi kanak-kanak, menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan secara spontan seperti bertutur.Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor dalam menghasilkan vokal yang baik.

Alat Vokal


Smile 5 Perkara Asas dalam Nyanyian


Pengetahuan asas mengenai asas nyanyian adalah amat penting bagi kita untuk menyanyi dengan bagus. Dan dengan itu saya telah pecahkan kepada beberapa komponen penting mengenai asas nyanyian ini bagi memudahkan pemahaman anda ,seterusnya meningkatkan tahap kemampuan suara anda.



Ada 5 Komponen Asas Nyanyian:-
1.Pitch/Nada
2.Rhythm/Irama
3.Pernafasan
4.Suara
5.Sebutan

1. PITCH/NADA
Pitch merujuk kepada nota dan bunyi yang kita dengar apabila seseorang itu menyanyi, dan ini akan menentukan yang lagu itu akan kedengaran sedap atau menjadi sumbang mambang. Seseorang murid itu perlu tahu cara untuk melontarkan suara mereka dalam kepelbagaian nada2 yang tepat dalam sesebuah lagu bagi menyesuaipadankan dengan irama serta muzik secara keseluruhan dalam sesebuah lagu itu  

Memahirkan diri kita dengan mengenal nada dan interval, untuk menyanyikan note-noteyang pelbagai dan memperbetulkan nyanyian bila kita nyanyi dalam nada yang sumbang adalah sangat penting

2. RHYTHM/IRAMA
Setiap lagu mempunyai beat atau rentak yang tersendiri, dan adalah penting untuk kta mengekalkan asas irama lagu tersebut, kalau tidak kita mungkin mendapati diri kita sukar untuk menyanyi dengan sempurna,lirik berterabur dan tak kena dengan irama dan kita mungkin akan ketinggalan dibelakang .Rentak juga lah menentukan ‘groove’sesebuah lagu,dan ianya juga membuatkan kita menghentakkan kaki atau menganggukkan kepala bila kita mendengarkan lagu lagu yang ber’tempo’ laju.
Kemahiran ‘deria’ irama anda bermula dengan mempelajari bagaimana mengenali kepelbagaian durasi rentak, untuk menyanyikan notes dengan rentak yang berbeza-beza, begitu juga kebolehan mengawal tempo asas sesebuah lagu!

3. PERNAFASAN

Pernafasan adalah sangat penting dalam nyanyian, dan ianya adalah perkara yang pertama yang akan diajar. Kita tak tahu adalah yang pernafasan ini sebenarnya adalah proses yang amat semulajadi, dan semestinya adalah amat senang sekali untuk mahirkan diri kita dengan kawalan suara yang betul dalam menyanyi.Memahami cara pernafasan untuk nyanyian akan menjadi ‘tool’ yang berguna bagi mencapai tahap ‘cemerlang’ dalam asas pernafasan untuk menyanyi!

4. SUARA
Suara kita selalunya kita abaikan apabila kita menyanyi dan kita terlampau memfokuskan perhatian kita kepada komponen nyanyian yang lain dari mencari bagaimana caranya untuk menguatkan vocal bagi mengindahkan lagi mutu nyanyian kita. 
Asas dalam memahami suara dan vocal cord atau lipatan suara amat mustahak bagi membantu kita kearah menggunakan tabiat menyanyi yang baik, juga dalam melontarkan bunyi/nyanyian yang lebih relax dan ‘sihat’

5. SEBUTAN
Belajar bagaimana cara untuk melontarkan nyanyian melalui suara kita saja tidak mencukupi,tetapi kita perlu membentuk suara kita dalam bentuk patah perkataan bahasa yang akan difahami oleh audience kita. Inilah yang menjadikan sebutan adalah asas penting dalam nyanyian,kerana ini adalah batu pengukur samada audience kita faham atau tidak apa yg disampaikan melalui lagu yang kita sampaikan, dan samada audience boleh ‘connect’ dengan kita melalui persembahan nyanyian kita. Sebutan juga adalah kunci kepada penghasilan pitching yang tepat dalam nyanyian.




 
Video di atas adalah murid saya yang bernama Phuan Chen Xian yang dari dari kelas 4A, SJK(c) Sam Chai telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Nyanyian Sempena Hari Kanak-kanak 2011, dan telah mendapat naib johan dalam pertandingan tersebut.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Cheah Pooi Yoong said...

Murid saya yang bernama Phuan Cheng Yeen dari kelas 4A,SJK (C) Sam Chai, Ipoh Perak ialah murid berpotensi dalam nyanyian. Dia telah mendapat Naib Johan bagi Pertandingan Nyanyian Tahap 2 pada tahun 2011.

Post a Comment